aisahbaddu@yahoo.com

aisahbaddu@yahoo.com

Sunday 22 May 2011

S.A.H.A.B.A.T

dimulakan dengan بسم الله، الرحمن، الرحيم
 Dalam dunia ini, kita semua memerlukan sahabat.. teda sepa yang ingin bersendirian kan?? Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut. Meh kita selongkar apa itu erti SAHABAT? 

Sahabat ada banyak mksud.. setiap individu mempunyai pndangan atau pendapat mereka sendiri tentang erti sahabat pada mereka.. tapi bagi saya, sahabat ialah seseorang yang boleh berkongsi suka dan duka bersama2 kira susah atau senang, sahabat bukan seperti seseorang yang hanya hadir apabila kita senang dan berlalu apabila kita dlm kesusahan.. tapi yg paling utama, ia mendorong kita dlm melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran..mungkin kawan2 jugak boleh berkongsi apa erti sahabat pada dri kamu.. hehe..

    Cuba kita lihat sepintas lalu, sahabat kita itu bagaimana,, adakah sahabat anda mempunyai ciri2 dibwah ini :
1. Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika kamu rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika kamu meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika kamu merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

ataupun sahabat anda seperti ini..

1.Sahabat yang tamak dan ia hanya mementingkan diri sendiri. 


2.Sahabat hipokrit 

3.Sahabat pengampu, Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah,     yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

4.Sahabat pemboros dan suka hiburan,  ia menjadi kawanmu jika engkau suka
berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan, Sahabat yang
membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. 



                SUNDAE CONE 2gether <3
                     the roomate SEM 1

biey,lyn,fie,sa




Saya tidak berkata bahawa saya adalah sahabat  yang bek.. tpi apa yang saya kongsikan diatas adalah sebagai rujukan untuk anda semua renungkan dan jugak buat saya sendiri kerana saya Cuma makhluk yang lemah, sentiasa melakukan kesilapan dalam bersahabat,, hehe..  jadi disini kita berusaha untuk menjadi seseorang  yang membawa kebaikan kepada sahabat kita.. 

 ♥ by e_sah Baddu

No comments:

Post a Comment